Kenapa saya suka supplemen?
Kenapa saya suka Shaklee?
Alkisah, saya ni penghidap ekzema sejak dari kecil lagi. Dulu-dulu kaki saya penuh ngan ekzema, dah macam rupa kurap. Bernanah, berair & gatal kalau org tgk pun mmg gelilah. Saya sendiri tengok pun geli, pastu tgk kaki kawan yg lelain elok je cantik.
Dah bermacam-macam petua dan ubat saya ambil dan makan. Kalau kumpul bekas ubat tuh dah macam-macam koleksi.
Jumpa dokter kata ni Ekzema, boleh elok jaga makan katanya. Makan supplemen, tp tak cakap pula supplemen apa yang sesuai. Setakat bagi ubat krim, tahan gatal, antibiotik dan sebagainya lah. Macam-macam ado!
Kekadang elok, kekadang tidak. Yang terbaru ni, dah 2 tahun tak surut-surut gatalnya. Dulu ermm tak ingatlah brape tahun sudah. Naik gatal2 seluruh badan dah sampai ke dagu, tinggal muka je tak kena yang lelain dah "selamat"
Malu tau dah tua-tua kena penyakit gatal ni, garu sana garu sini.
Orang kata penyakit Ekzema ni 3 serangkai - Ekzema, Asma & Alahan/Resdung.
Setakat ni saya selalu kena ekzema je tp seingat2 sayalah kalau berlari jauh mesti tercungap2 tak cukup nafas. Kalau pergi berenang pun sama, asik tak cukup nafas je hihihi.
Alhamdulillah, selain ekzema yang lelain tuh takdelah teruk sgt saya kena.
Hahaha teringat pula, tahun lepas pergi Langkawi kan byk produk gamat. Incik somi tersayang pun tolonglah carikan ubat yang terbaik utk hilangkan ekzema ni. Hari-hari sapu tau, takmau hilang jugak.
Sampailah pada suatu hari, kak jue kawan opis saya ni bagi flyers Shaklee.
Saya ni kalau bab2 ada je ubat ke supplemen yang boleh menyembuhkan ekzema mmg tak lepas tengok.
Ni sendiri-sendiri je nak cuba, tiada paksaan sebab nak cuba kan. Mula-mula amik set Ekzema - Vitamin B, Alfalfa & Vitamin C. Saya amalkan selama sebulan.
Ada perubahan, nak tahu apa yg terjadi?
Lepas seminggu ekzema saya jadi kemerah-merahan, bengkak dan berair-berair eeiiii.
Keluar mencurah-curah air bisa, sakitnya bukan kepalang berdenyut-denyut tambah pulak dgn gatalnya lagi.
Sampai satu tahap, saya menggaru smp luka kene jangkitan kuman.
Jumpa dokter lagi, setiap hari selama seminggu ulang-alik g klinik sbb nak cuci luka. Ubat tak makan pun sbb sambung makan Shaklee.
Pastu kemuncaknya, saya admitted masuk hospital sebab demam panas melampau (40 darjah celsius kate ko) dalam masa seminggu 2 KALI!
Dokter suspek appendix la, sbb tekan sana tekan sini yang terasa sakit belah kanan tuhlah paling sakit. Masa tekan2 tuh rasa nak tombok2 je dokter tuh tekan sakit tau.
Itulah seumur hidup saya masuk hospital, tidur kat hospital dan menjalani pembedahan.
Maal Hijrah-sesuatu yang baru dalam kehidupan saya, berlakunya kejadian yang tak diingini.
Sayang suami dan keluarga serta rakan2 sangat2 sbb terharu, penyakit saya ni takdelah kritikal tp sokongan daripada keluarga tak mungkin saya lupakan. Terima kasih semua kerana mendoakan kesihatan saya supaya cepat sembuh masa tuh.
Masa tu saya pun rasa saya berhijrah dengan cara saya tersendiri, transformasi dari dalam aiiicewaahhhh...
2 minggu MC/Hospitalised dok umah. Ooo cerita pasal appendix, alhamdulillah dokter kata appendix saya terkena jangkitan, dah dibuang pun. So saya adalah insan bertuah sbb kurang satu organ hihi. Nanti next story saya crite lah lebih lanjut pengalaman duduk hospital ni lah ek.
Oklah, pastu saya takutlah nak makan supplemen Shaklee ni buat saya sampai demam2 masuk sepital siap kene operate lagi.
Saya tanya balik kat upline saya, boleh ke saya sambung makan Shaklee ni sebab takut side effect ape lagi lepas ni.
Upline saya kate, ini supplemen SUPPLY nutrisi yg kurang dalam tubuh badan. Lagi2 lah baru lepas operate, hurrmmm agak lamalah juga saya tak makan dalam tempoh 3 minggu.
Lepas sembuh sepenuhnya, saya habiskan saki-baki Shaklee yang ada. Alhamdulillah, makin lama makin terasa elok.
Tak rugi melabur pada kesihatan, syukur alhamdulillah ekzema saya beransur pulih. Bukan setakat kulit saya semakin baik yang lelain pun bertambah baik.
Bonus yang saya dapatkan bukan setakat Ekzema hampir sembuh, kesihatan dalam dan kulit saya pun bagus dan cantik!
Oh yeaa, produk Shaklee ni sudah lama dalam pasaran 50tahun di seluruh dunia, Telah disahkan Halal.
Dah ramai yang cakap tau, kulit muka saya nampak cerah berseri-seri...aauuww malu saya hihi
Skrg ni tgh berusaha nak melicinkan ekzema saya ni, tulah kan takde gambar nak tunjuk sebelum dan selepas. Tapi percayalah (taknak percaya sudah rekod kesihatan kat klinik byk) ekzema saya dah makin elok sukanya!
Kepada anda yang membaca, dan ingin mencuba produk Shaklee amatlah saya galakkan. Tak cuba tak tahukan.
Eeiii tak puaslah nak bercerita lagi, ok nanti2 saya sambung cerita ek
Sekian, wasalam.